Assalamualaikum!
Kepada saudara saudari kat luar sana
Kita mungkin tak kenal sesama sendiri
Mungkin jugak saling mengenal
Mungkin jugak kenal tapi tak berapa nak kenal
Mungkin jugak kenal sikit-sikit
Mungkin jugak mungkin jugak
sori mengarut
TAPI!
semua tu tak penting sebab
kita ada satu persamaan yang nyata
Kita semua manusia
-Sebab kucing tak pandai baca blog-
dan sebagai manusia,
adalah sunnatullah untuk kita diuji..
DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Hadis
di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang
tidak pernah menderhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah SWT
perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan
terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, diharapkan akan
terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar
suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang
tersembunyi dalam hati hambaNya. Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi
daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih
berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah
kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan
kesusahan selama-lamanya, itu adalah salah.
Melalui
hadis di atas, Allah SWT mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan
itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Oleh itu,
kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan dugaan daripada Allah. Ini
kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannya.
Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan. Maka,
untuk menentukan emas itu tulen, maka perlulah dinilai ketulenannya.
Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman,
tentulah Allah SWT akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadapNya.
Dalam hal ini, Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
copy paste dari SINI
Ok, point hari ni is
Bila kita ditimpa masalah dan kesusahan
NEVER EVER rasa mengeluh or ape-ape lah
sedih takpe
tapi ucaplah alhamdulillah
sebab setiap kesusahan dan kesedihan yang kita lalui tu
adalah satu bentuk kasih sayang Allah pada kita
Allah cubit manja hati kita
supaya kita ni tak leka mengingati Dia
Banyakkan berdoa dan mintak lah semuanya pada Allah
sebab Allah tu Maha Kaya
Maha Pemberi Kurnia
Insya Allah
^_^
0 0 comment:
Post a Comment