CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 29, 2011

Doa Menghilangkan Rasa Cinta dan Sayang yang tak Perlu.




 Salam.. mungkin ada antara kita yg pernah bercinta..maksud sy bkn setakat bercouple, tp hati kita dah terlajak memberikan sepenuh kasih pada dia..

ruang hati penuh dgn bunga-bunga cinta bila teringatkan dia..waktu bercinta pulak, sepenuh kepercayaan diberikan pada dia..sikit pun keraguan pada kesetiaan mahu pun suratan takdir x pernah kita 'reserve'..maksud reserve ni ialah supaya kita ready kalau ada perkara yg kita xnak jadi akan jadi..

jadi..bila tiba2 takdir Allah tu lebih nyata, bila jodoh antara kita dgn org yg kita syg tu da x sehaluan..atas ape2 sahaja sebab..baru lah kita rasa langit yg kat atas tu mcm runtuh menghempap diri..dunia rasa mcm da sampai penghujungnye..xnampak da masa depan kita..waktu tu la..kita kerah semua tenaga yg ada ntk survive. survive dari semua keterbiasaan yg kita cipta dgn dia..survive dari semua memori dgn dia..survive dari hakikat yg dia bukan lg milik kita.....

Sememangnya hanya Allah Yang Maha Mendengar.. mohon lah pada dia.. relakanlah hati untuk lepaskan dia pergi.. berdoalah dgn doa yg sy kongsi kat bawah ni.. semoga hati kita akan pulih seperti sedia kala..insyaallah..

 Bismillaahirrahmaanirrahiim,,

 Ya Allah,
 aku terima kondisiku yang sulit melupakannya dan masih menyayanginya, maka terimalah aku dan ibadah- ibadahku ( tarik nafas yg dlm perlahan , tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

 Ya Allah,
 aku maafkan hadirnya rasa sayang yang tak layak ini, aku maafkan dirinya yang sulit kulupakan, aku maafkan diriku yang terjebak dalam rasa cinta yang menggelisahkan, maka maafkanlah ia dan maafkanlah aku ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

 Ya Allah,
 aku lepaskan rasa sayang ini dariku, maka lepaskanlah rasa sayang yang tak layak ini dariku, aku adalah aku, rasa sayang kepadanya bukanlah aku. Aku adalah hamba yang hanya bergantung kepada-Mu dan berharap kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dlm perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

 Ya Allah,
 aku serahkan urusan hati ini sepenuhnya kepada-Mu , maka serahkanlah ketetapan-Mu yang terbaik kepadaku. Dan sayangilah aku dalam peluk kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 detik lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

 Aamiin ( tarik nafas yang dalam perlahan tahan 3 detik lalu hembuskan sambil ucapkan hamdalah ) (Alhamdulillaahirabbil aalamiin )

 ( sumber : Ustadz Zain Fuad Abdullah / Kang Zain )

Bacalah do'a ini setiap saat agar hati kita tenang terutama setelah shalat fardhu... Dan jangan lupa disertai sholat, zikir dan tilawah Al- Qur'an dan do'a do'a yang lain...semoga bermanfaat.



Monday, October 10, 2011

An-Nas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
An-Nas.

Ya Allah..aku bermohon kepada-Mu, hanya kepada-Mu, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan dan manusia..tenangkanlah hati hamba-Mu Ya Allah..Amin..

Sunday, October 2, 2011

Resepi Red Velvet Cake!

Salam.

Sekali lagi sy nak berkongsi resepi kat sini.. Alhamdulillah da beberapa kali sy buat kek ni sbb sy betul2 jatuh cinta dgn rasa kek ni! kek ni memang rasa dia lain dari kek yg biasa. Rasa yg sgt padat tp ringan, moist n creamy! Pastu warna merah hati yg sgt menawan! setiap kali buat mesti rasa x cukup je..hehe :D



ok..ni resepi dia..

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula aising
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2 tbsp serbuk koko
2 biji telur - basuh kulit ye!
1 tsp esen vanila
1 cawan susu segar (campur dgn 1 tbsp perahan lemon)
2 tbsp pewarna merah
1 tsp cuka
1 tsp baking powder

cara-cara
1. Pukul mentega dan gula aising sampai kembang. take note ye, kebiasaannya sukatan mentega dan gula x jauh beza, tp ntk kek ni sukatan gula lebih byk dari mentega, jadi adunan korg xkan sama mcm korg wat kek biasa. dia akan sedikit kering, tp xpe..jgn risau..teruskan je memukul:)
2. Masukkan telur sebijik..pukul sampai rata, kemudian tambah lg sebijik. pukul lagi..time ni baru adunan korg berair sikit..
3. Masukkan susu yg dah dicampurkan dgn perahan lemon tadi.. pukul dgn speed sederhana. kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko tadi.
4. Masukkan pewarna merah dan gaul sebati menggunakan serduk kayu.
5. Dalam mangkuk kecil, campurkan baking powder dgn cuka (biarkan berbuih dan kacau sikit supaya semua baking powder tu berbuih) dan masukkan ke dalam adunan. kacau sebati menggunakan senduk.
6. Masukkan dalam loyang 23 cm dan bakar selama 25 minit dgn 170 darjah Celsius. Kalau nak buat berlapis mcm pic kat bawah ni, masukkan separuh adunan ke dlm loyang 20cm. better guna yg boleh bukak kat tepi tu supaya senang nak buka.

untuk kek atas ni sy buat dua adunan sebab nak bg nampak tinggi..yg tgah tu warna cair sebab warna x cukup.haha. biasanya kalau buat kek ni pewarna yg kita guna  lebih dari separuh botol la..jadi kalu nak buat 2 adunan mcm sy beli lebih sikit pewarna ye:)


Cream cheese frosting

250g cream cheese. untuk kek ni sy guna brand Tatura je sbb murah.haha :D tp sedap je..jgn risau:p
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula aising
1 tbsp perahan lemon

*Pukul je semua bahan-bahan kat atas sampai kembang


Please take note!
*masukkan kek dlm fridge dulu ntk sejukkan sebelum hias dgn cream cheese frosting. kalau x nanti jadi cair cam sy buat ni.haha. haa..ni first time sy buat. biasanya kalau nak senang, buat kek mlm, then simpan dlm fridge, pastu sok pg baru hias.


*cream cheese frosting x sesuai letak pewarna sbb nti x rata,jadi kena creative la ntk hias frosting berwarna putih:)
*bahagian atas kek yg kita potong sebelum menghias boleh dihancurkan untuk buat hiasan:) mcm yg sy buat kat cupcake ni



happy baking! ^__^