terjaga dari tidur..ni bila terjaga malam-malam buta ni mula la takut nak g toilet..huk..
lepas kejut mr. fiance suh g keje kul 9malam tadi terus aku tertidur. dia keje shift malam sampai pagi.
dia ada suh baca yasin tadi sebab malam jumaat, tapi belum sempat apa-apa da selamat pun aku belayar di alam mimpi.haha.
aku ada tanya dia kenapa malam jumaat elok baca surah yasin?dia gelak je, memang sunah n memang elok.dia cakap kalau nak tau lebih google sendiri.aku malas nak google sebab semalam aku ada terbaca kat facebook siap aku share lagi.
so aku nak share kat sini jugak la.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.”
12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang
ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan
dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13.Malaikat Maut tidak mahu
memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang
Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan
yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah
disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah
semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang
pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita
kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.
semoga bermanfaat.