CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 30, 2012

Kepercayaan

Rasanya memang agak susah untuk kita dapatkan kepercayaan orang..lebih-lebih lagi dari family kita...sebab mereka tengok kita membesar..mereka tahu kelemahan kita..

Kesabaran aku teruji..semoga dipermudahkan Allah segala urusan.



Monday, January 16, 2012

Sedetik Lebih by Jaclyn Victor sangat3 best!


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

Pagi-pagi buta ni jiwang lak..bila dapat message dari dia kat facebook malam tadi.. rasa sayang pulak nak sambung tidur..sebab nak terus layan suara Jac yang super best ni.Lirik lagu yang macam terukir sikit-sikit baris-baris dia kat hati ni..rasa cam tenang je..cewah! :D
Kadang-kadang, bila nak dedicate lagu-lagu romantik ni.. kitorang segan nak share terus kat wall..cukup la sekadar kitorang je yang tau perasaan dapat lagu-lagu romantik macam ni. Tapi hari ni rasa jiwang terlebih lak..Jac la ni nyanyi best gile.. mang dari hati la..leh rasa tiap apa yang keluar dari mulut dia tu penuh perasaan..ke sebab dia lah satu-satunya penyanyi kat Mesia ni yang aku minat??uhh...ntah la..aku mang minat suara dia. aku share kat sini sebab nak berkongsi perasaan yang sangat best bila dengar lagu ni :)
Dulu aku mana nak dengar lagu ni kalau si penyanyi asal tu yang nyanyi..aku agak diskriminasi sket..sampai aku tak tau pun lirik yang EDRY tulis ni sungguh meruntun jiwa.hakhakhak..Sori ek Abg Edry..saya tak minat penyanyi asal punya suara..hihi..
Selamat mendengar ^__^


Monday, January 2, 2012

chiffon skirt apa yang tgah in

Hye korang! salam sejahtera and salam satu dunia!

Topik kali ni, SKIRT. ha, yang awek cun yang baca blog aku ni, korang suka pakai skirt tak? ha, yang boy lak korang suka gf or tunang or wife korang pakai skirt? ramai orang kata dia tak berani pakai skirt..takut nampak pendek la..gemuk la..xsesuai la..apa la..macam-macam la. Tapi aku peduli apa, aku suka, aku punya suka la!

Tak dinafikan lagi fesyen skirt as a daily wear sudah pun menjadi pilihan gadis-gadis di seluruh dunia. kat malaysia pun korang mesti perasan kan kalau korang keluar pada hari-hari biasa pun mesti ada je yang pakai skirt kan, especially maxi skirt/ skirt labuh (biasanya maxi skirt ni refer to skirt yang labuhnya mencecah buku lali) ada midi skirt, mini skirt, and a few more.. tapi sekarang kita cakap pasal maxi skirt je keh.


kalau dulu gadis-gadis lebih suka menyarungkan jeans sebagai daily wear dorang..macam-macam fesyen jeans ada, boot cut la, straight cut la..apa yang in dan tak tu semuanya berputar mengikut masa sampai lah suatu masa tu, nak dijadikan cerita.. tibalah giliran skinny jeans yang menjadi fesyen terhangat. memang lawa babe bila tengok awek-awek kaki kurus and panjang pakai, ok la, tak panjang pun tak pe, pakai pulak dengan pump yang heels dia menceceh 5 inch/ 13cm. memang cair tgok...top pulak pakai longgar-longgar..fuhh..aku yang bodoh and jahil time tu punya la semangat, pergi la mencari-cari di plaza-plaza membeli belah..tak cukup 1? 2..tambah lg..sampai la puas hati..masa tu mana la keluar lagi hukum kan..ustaz azhar idrus pun tak femes lagi time tu..so tak ada la sape-sape yang nak tegur..

beberapa bulan selepas itu pula..keluarlah pulak fesyen terbaru yang menyerupai skinny jeans---> leggings. korang tau ape itu leggings?kata mat saleh yang x puas hati tgok minah-minah chubby pakai leggings, sebab sakit mata kata dia, leggings adalah merupakan sejenis pakaian dalam. where i da world would you wear those after korang tau itu adalah pakaian dalam??! 

tidak lama selepas itu pula..fesyen skirt mula menular sikit-sikit di kalangan blogger-blogger stylo mylo di seluruh malaysia.. pun begitu tidak ramai yang mampu memilikinya ketika itu memandangkan tak ramai yang menjualnya..sebab fesyen-fesyen terbaru ni alalunya akan ada kat store-store yang jenamanya tak lah semua orang mampu nak spend..

sampailah sekarang.. fesyen skirt sudah pun menjadi satu fesyen harian di mana anak-anak gadis lebih selesa memakai skirt untuk ke kuliah, shopping complex mahu pun giant, like i do.heheh..nak cepat kot..pakai sua kena zip lg.makan masa tu..

orait..what i am trying to say is..sekarang dah ada macam-macam jenis skirt..termasuk jugak lah dress yang juga boleh dipakai macam skirt..

Dengan bertumbuhnya fesyen skirt ni, ternyata minat dan kesungguhan aku dalam D-I-Y semakin menyerlah apabila aku mula berjinak-jinak menjahit skirt and dress aku sendiri semenjak dua helai skirt yang aku test-test hantar kat tukang jahit tak menjadi secantik yang macam aku bayangkan. Kekecewaan aku sungguh mendalam apabila skirt aku yang kedua tu hanya siap setelah lebih ENAM (6) bulan babe aku hantar kat tukang jahit tu..not to mention her name as i know i'll keep hantar gak kat dia nanti...hmm. don't even know why.

orait...untuk korang yang suka jugak nak pakai skirt-skirt ni aku nak share ngan korang sikit lah design-design yang tengah in pada mata aku setelah apa yang keluar kat lookbook.nu and also magazine-magazine comel pilihan aku and rumet aku :D



chiffon skirt memang menjadi kegilaan ramai kalau di jepun. warna hijau ni dah lama aku aim nak jahit, malangnya sebelum mampu untuk aku jahit, kat lookbook dah kua dulu dah..masa aku amek pic ni, hype untuk pic ni da lebih 1500 da pun. so, kat mata aku warna ni mang best giler untuk korang match-matchkan ngan mana-mana top yang korang rasa sesuai :D



Skirt warna macam ni sungguh menjadi kegilaan di seluruh dunia beberapa minggu lalu. majalah-majalah fesyen juga sungguh taksub mengeluarkan fesyen-fesyen dengan skirt warna cream putih ni. memang tak tahan babe bila tengok..! 
Ha..ni lagi gambar skirt putih cream. Gadis kat atas ni kecik molek je..tapi dia tak takut nampak pendek pun untuk pakai skirt yang awesome ni! :D

Ada banyak cara pakai skirt..walau pun aku teringin nak pakai macam diorang yang kat atas ni, tapi aku lebih sukakan fesyen yang sopan.. macam cik shea kita pakai ni...:)

skirt yang aku pakai ni is skirt cottton.

Actually skirt ni aku baru nak try-try jahit..tetiba..belum sempat jahit dengan sempurna, aku dah rasmikan pun g tengok wayang, shopping dan sebagainya. Lepas ni kena oter balik.hehe


actually ada banyak gambar yang aku nak share ngan korang, tapi malangnya gambar tu sume dalam laptop lama aku..huk2..sedih lak..

Pada aku, aku pakai skirt bukan setakat nak ikut trend, tapi lebih kepada nak nampak sopan..as kebanyakan sua aku sungguh la ketat..kerana aku memang tak reti pilih sua :p

Akhir kata, happy styling! :D