CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 30, 2012

A sweet wedding

"find arms that will hold you at your weakest..
eyes that will see you at your ugliest..
and a heart that will love you at your worst..
then..u will be happy forever insyallah..:)"


copy paste dari : NurulBadiah Lai


Saturday, May 19, 2012

Kebaikan bila cuaca sangat panas

Gambar sekadar hiasan

Its a bright sunny dayyy!!

TIGA (3) batch aku basuh kain tengahari tadi! belum siap batch kedua, batch first dah kering garing!! jemur kain dalam umah kot babe, power an?

Ni yang nak nyanyi..thank you Allah..thank you Allah... :D



Alhamdulillah!


Wednesday, April 25, 2012

15 WAYS TO KEEP A RELATIONSHIP WORKING


Friday, April 20, 2012

Keberkatan surah yasin

terjaga dari tidur..ni bila terjaga malam-malam buta ni mula la takut nak g toilet..huk..

lepas kejut mr. fiance suh g keje kul 9malam tadi terus aku tertidur. dia keje shift malam sampai pagi.

dia ada suh baca yasin tadi sebab malam jumaat, tapi belum sempat apa-apa da selamat pun aku belayar di alam mimpi.haha.

aku ada tanya dia kenapa malam jumaat elok baca surah yasin?dia gelak je, memang sunah n memang elok.dia cakap kalau nak tau lebih google sendiri.aku malas nak google sebab semalam aku ada terbaca kat facebook siap aku share lagi.

so aku nak share kat sini jugak la.

sumber: warna inspirasi




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.
semoga bermanfaat.





Thursday, April 19, 2012

Terukir di Bintang by Yuna

Terukir di bintang by Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

sumber




Sunday, March 11, 2012

Jangan putus asa

Setiap cabaran yang datang dalam kehidupan kita bukan cuma insiden..semua tu adalah ujian daripada Allah s.w.t.

Allah uji kita sebab Dia nak kita belajar something so that kita akan bertambah matang.

Semenjak dua menjak ni, perkara yang berlaku dalam hidup aku agak susah untuk aku kawal.. Ujian datang bertimpa-timpa.. Kebanyakan masa aku putus asa.. I realize that I'm not a good fighter.

So aku pun asyik biarkan diri aku kecewa...menangis..menangis..menangis..menangis.. aku tak melawan pun..aku amik jalan mudah -salahkan diri sendiri.

Setiap hari pun kita akan diuji. Bila apa yang aku terlalu hajatkan tak dapat aku capai, setelah banyak usaha yang aku buat hancur berkecai..aku terdiam..takkan setiap impian aku terpaksa aku kuburkan?

Jadi, dalam aku tersedu-sedu tahan nangis so that roommate aku tak dengar, aku berdoa dengan penuh harapan..

"Ya Allah..tunjukkanlah hikmah di sebalik semua yang berlaku Ya Allah.. Aku bermohon sungguh-sungguh padaMu Ya Allah..Kuatkanlah hatiku, tunjukkanlah aku jalan penyelesaian terhadap semua permasalahan ini.. amin.."

Sejurus air mata aku kering, mentol terus menyala.

:D

Aku pun dengan cepat terus buat apa saja yang aku boleh untuk perbaiki keadaan.

Dan hasilnya?

Tak pernah aku bayangkan sebelum ni :)

Alhamdulillah..terima Ya Allah.

Jadi moral of the story: jangan mudah putus asa dan berdoalah :)


p/s: petang tadi first time aku buat nasi lemak, and sambal dia Masyaallah sedap gile! :p


Thursday, March 8, 2012

An-Nur, 32..


''...Marry those among you who are single, or the virtuous ones among yourselves, male or female: if they are in poverty, Allah will give them means out of His grace: for Allah encompasseth all, and he knoweth all things."'

An-Nur, 32.

Sunday, March 4, 2012

Larangan membalas dendam dari surah al-Baqarah

....Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Al-Baqarah,178.

Monday, January 30, 2012

Kepercayaan

Rasanya memang agak susah untuk kita dapatkan kepercayaan orang..lebih-lebih lagi dari family kita...sebab mereka tengok kita membesar..mereka tahu kelemahan kita..

Kesabaran aku teruji..semoga dipermudahkan Allah segala urusan.



Monday, January 16, 2012

Sedetik Lebih by Jaclyn Victor sangat3 best!


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM

Pagi-pagi buta ni jiwang lak..bila dapat message dari dia kat facebook malam tadi.. rasa sayang pulak nak sambung tidur..sebab nak terus layan suara Jac yang super best ni.Lirik lagu yang macam terukir sikit-sikit baris-baris dia kat hati ni..rasa cam tenang je..cewah! :D
Kadang-kadang, bila nak dedicate lagu-lagu romantik ni.. kitorang segan nak share terus kat wall..cukup la sekadar kitorang je yang tau perasaan dapat lagu-lagu romantik macam ni. Tapi hari ni rasa jiwang terlebih lak..Jac la ni nyanyi best gile.. mang dari hati la..leh rasa tiap apa yang keluar dari mulut dia tu penuh perasaan..ke sebab dia lah satu-satunya penyanyi kat Mesia ni yang aku minat??uhh...ntah la..aku mang minat suara dia. aku share kat sini sebab nak berkongsi perasaan yang sangat best bila dengar lagu ni :)
Dulu aku mana nak dengar lagu ni kalau si penyanyi asal tu yang nyanyi..aku agak diskriminasi sket..sampai aku tak tau pun lirik yang EDRY tulis ni sungguh meruntun jiwa.hakhakhak..Sori ek Abg Edry..saya tak minat penyanyi asal punya suara..hihi..
Selamat mendengar ^__^


Monday, January 2, 2012

chiffon skirt apa yang tgah in

Hye korang! salam sejahtera and salam satu dunia!

Topik kali ni, SKIRT. ha, yang awek cun yang baca blog aku ni, korang suka pakai skirt tak? ha, yang boy lak korang suka gf or tunang or wife korang pakai skirt? ramai orang kata dia tak berani pakai skirt..takut nampak pendek la..gemuk la..xsesuai la..apa la..macam-macam la. Tapi aku peduli apa, aku suka, aku punya suka la!

Tak dinafikan lagi fesyen skirt as a daily wear sudah pun menjadi pilihan gadis-gadis di seluruh dunia. kat malaysia pun korang mesti perasan kan kalau korang keluar pada hari-hari biasa pun mesti ada je yang pakai skirt kan, especially maxi skirt/ skirt labuh (biasanya maxi skirt ni refer to skirt yang labuhnya mencecah buku lali) ada midi skirt, mini skirt, and a few more.. tapi sekarang kita cakap pasal maxi skirt je keh.


kalau dulu gadis-gadis lebih suka menyarungkan jeans sebagai daily wear dorang..macam-macam fesyen jeans ada, boot cut la, straight cut la..apa yang in dan tak tu semuanya berputar mengikut masa sampai lah suatu masa tu, nak dijadikan cerita.. tibalah giliran skinny jeans yang menjadi fesyen terhangat. memang lawa babe bila tengok awek-awek kaki kurus and panjang pakai, ok la, tak panjang pun tak pe, pakai pulak dengan pump yang heels dia menceceh 5 inch/ 13cm. memang cair tgok...top pulak pakai longgar-longgar..fuhh..aku yang bodoh and jahil time tu punya la semangat, pergi la mencari-cari di plaza-plaza membeli belah..tak cukup 1? 2..tambah lg..sampai la puas hati..masa tu mana la keluar lagi hukum kan..ustaz azhar idrus pun tak femes lagi time tu..so tak ada la sape-sape yang nak tegur..

beberapa bulan selepas itu pula..keluarlah pulak fesyen terbaru yang menyerupai skinny jeans---> leggings. korang tau ape itu leggings?kata mat saleh yang x puas hati tgok minah-minah chubby pakai leggings, sebab sakit mata kata dia, leggings adalah merupakan sejenis pakaian dalam. where i da world would you wear those after korang tau itu adalah pakaian dalam??! 

tidak lama selepas itu pula..fesyen skirt mula menular sikit-sikit di kalangan blogger-blogger stylo mylo di seluruh malaysia.. pun begitu tidak ramai yang mampu memilikinya ketika itu memandangkan tak ramai yang menjualnya..sebab fesyen-fesyen terbaru ni alalunya akan ada kat store-store yang jenamanya tak lah semua orang mampu nak spend..

sampailah sekarang.. fesyen skirt sudah pun menjadi satu fesyen harian di mana anak-anak gadis lebih selesa memakai skirt untuk ke kuliah, shopping complex mahu pun giant, like i do.heheh..nak cepat kot..pakai sua kena zip lg.makan masa tu..

orait..what i am trying to say is..sekarang dah ada macam-macam jenis skirt..termasuk jugak lah dress yang juga boleh dipakai macam skirt..

Dengan bertumbuhnya fesyen skirt ni, ternyata minat dan kesungguhan aku dalam D-I-Y semakin menyerlah apabila aku mula berjinak-jinak menjahit skirt and dress aku sendiri semenjak dua helai skirt yang aku test-test hantar kat tukang jahit tak menjadi secantik yang macam aku bayangkan. Kekecewaan aku sungguh mendalam apabila skirt aku yang kedua tu hanya siap setelah lebih ENAM (6) bulan babe aku hantar kat tukang jahit tu..not to mention her name as i know i'll keep hantar gak kat dia nanti...hmm. don't even know why.

orait...untuk korang yang suka jugak nak pakai skirt-skirt ni aku nak share ngan korang sikit lah design-design yang tengah in pada mata aku setelah apa yang keluar kat lookbook.nu and also magazine-magazine comel pilihan aku and rumet aku :D



chiffon skirt memang menjadi kegilaan ramai kalau di jepun. warna hijau ni dah lama aku aim nak jahit, malangnya sebelum mampu untuk aku jahit, kat lookbook dah kua dulu dah..masa aku amek pic ni, hype untuk pic ni da lebih 1500 da pun. so, kat mata aku warna ni mang best giler untuk korang match-matchkan ngan mana-mana top yang korang rasa sesuai :D



Skirt warna macam ni sungguh menjadi kegilaan di seluruh dunia beberapa minggu lalu. majalah-majalah fesyen juga sungguh taksub mengeluarkan fesyen-fesyen dengan skirt warna cream putih ni. memang tak tahan babe bila tengok..! 
Ha..ni lagi gambar skirt putih cream. Gadis kat atas ni kecik molek je..tapi dia tak takut nampak pendek pun untuk pakai skirt yang awesome ni! :D

Ada banyak cara pakai skirt..walau pun aku teringin nak pakai macam diorang yang kat atas ni, tapi aku lebih sukakan fesyen yang sopan.. macam cik shea kita pakai ni...:)

skirt yang aku pakai ni is skirt cottton.

Actually skirt ni aku baru nak try-try jahit..tetiba..belum sempat jahit dengan sempurna, aku dah rasmikan pun g tengok wayang, shopping dan sebagainya. Lepas ni kena oter balik.hehe


actually ada banyak gambar yang aku nak share ngan korang, tapi malangnya gambar tu sume dalam laptop lama aku..huk2..sedih lak..

Pada aku, aku pakai skirt bukan setakat nak ikut trend, tapi lebih kepada nak nampak sopan..as kebanyakan sua aku sungguh la ketat..kerana aku memang tak reti pilih sua :p

Akhir kata, happy styling! :D